Tentang artis Yang faham bahasa melayu
Yang membahasakan, Yang dibahasakan
... dan Yang tak faham bahasa




Memperkenalkan: Wak Kerak

| BlogThis! or


Wak asalnya dari Pontian, Johor dan dibesarkan di Johor sebelum meneruskan persekolahan rendah, menengah dan di dalam jurusan arkitektur di Singapura.

Umur Wak dikatakan seusia seseorang veteran tetapi belum lagi mencapai angka yang boleh dianggap tua. Wak masih bujang kerana belum lagi ditemukan jodohnya dan hingga sekarang Wak masih meneruskan memerah keringat di dalam syarikat swastanya sendiri yang kerjanya adalah memerah otak untuk mendapatkan jus ide untuk dihidangkan kepada pelanggan.

Wak selalunya meluangkan masa melungsuri internet dan di dalam akaun Wak sekarang sudah ada lima lelaman perniagaan dan dua lelaman peribadi di domain kepunyaan Wak sendiri yang Wak lebih selesa jika maklumat lelaman-lelaman itu dirahsiakan.

Ide artistmelayu di blogspot bermula bila Wak dapati yang lelaman mengkritik penseni di negara-negara melayu bagaikan hampir tidak ada. Wak yang selama ini lebih cenderung ke arah platfom Wordpress, memilih Blogger sebagai hos halaman artistmelayu kerana ingin mencuba hos percuma yang berbeza. Lagipun konsep 'tiada rupa dan nama' sebegini Wak fikir tidak usahlah kita membazir wang untuk membeli alamat lelaman dan hosting yang memerlukan maklumat peribadi yang sah.

Wak berharap kekata Wak terhadap sesiapa penseni yang terlibat, baik dari segi positif atau negatif, diambil sebagai dorongan atau kritikan membina dari seorang peminat yang begitu menitik beratkan elemen bakat, prinsip dan komitmen di dalam karir seseorang artis.

Semoga pembaca lain terhibur dengan pendapat Wak yang Wak fikir berwarna-warni ini.

Selamat membaca.


Yang benar,
Wak Kerak.
9:55 AM Monday, March 20, 2006

Siapa yang kepoh?:

Create a Link


4 membebel-bebel pasal “Memperkenalkan: Wak Kerak”

  1. salamzzz...dari gua..
    alloo bro tolong upload klip Wings, May, Lefthanded Acoustic Piece tu kat mana2 pastu emailkan gua websitenya
    gua nak buat kenangan klip tu... leh tak.. pertolongan bro
    amat dihargai.... email wa... salizzan@gmail.com

  2. BERITA BAIK UNTUK PEMILIK BLOG & FORUM

    ---- 100% Tiada RISIKO, Tiada Modal (RM0.00) ----

    1. TIDAK PERLU MENCARI AHLI BARU
    2. BUKAN MLM
    3. BUKAN SKIM CEPAT KAYA
    4. TIDAK PERLU BELI BARANG
    5. TIDAK PERLU MEMBUAT SUMBANGAN
    6. TIDAK PERLU JUMPA ORANG
    7. 100% TIADA RISIKO
    8. TIDAK MENYALAHI UNDANG-UNDANG

    Anda akan memperolehi pendapatan hebat!!!

    Hari pertama - RM100 (4 jualan eBook)
    Hari kedua - RM200 (8 jualan eBook)
    Hari ketiga - RM500 (20 jualan eBook)

    Sungguh tak percaya!!! Tapi nyata dan benar!!!

    Anda anda website, weblog ataupun forum?
    Sertai affiliate percuma di laman berikut...
    http://rahsiaforex.com/affiliate/?i=riburinggit
    http://rahsiaforex.com/affiliate/?i=riburinggit
    http://rahsiaforex.com/affiliate/?i=riburinggit

    ANDA TIDAK PERLU MEMBAYAR WALAU 1 SEN PUN SEMASA MENDAFTAR

    Yang paling penting... TIADA HAD PENDAPATAN!!!

    eBook Rahsia Forex senang untuk dijual!
    Semua penggemar HYIP dan Forex trading hendak tahu...
    Anda cuma perlu mengiklan...

  3. Hi Wak Kerak

    Eh laser la wak ne saya tersenyum2 baca lelaman wak, saya senang tapi kalau nak kritik pon jgn lah sampai teruk sangat kesian kan dak Mawi tu dia orang felda tak biasa idup gelemor tentu dia bak kera masuk kampung (peribahasa melayu) Bagi lah dia semangat sebagai entertainer dia ok ok pon tak lah teruk na cam wak kata, support bagi peluang dia cari duit buat mesjid kan kan!!

    Lagi ne yg saya nak highligth sikit kenapa orang Msia, lagi2 pelakon pompuan2 tu pakai tudung tapi tak cukup tutup aurat dan mereka ne selalu jadi ikutan gadis2 yg minat kat dia, nanti lama2 tudong tutup kat rambut aja tapi baju jarang, nampak aurat, kain koyak2. Saya ne orang seberang tapi suka gak tengok drama kat sana tu but little dissapointed ooh ok gini lah if not ready to cover yourself total ikut shariat islam maybe let go with the tudong or if you feel like acting is just your ricebowl but believed in our Muslim teaches then by all means PLEASE do it properly.

    bye Wak Kerak dah nak puasa ne jgn singgung orang nanti ke cut your fast point he........... nice reading your blog

Kalau nak gossip join ajer sekaki



Nota Mengkomen:


Kalau nak komen ke nak gosip ke nak kutuk ke nak bebel kosong ke carry on ajer, tak payah nak angkat tangan dulu. Pat sini takder cikgu nak bilang kau tu betul ke salah. Sekadar meluahkan pendapat masing-masing, kan? Yang penting, sendiri buat, sendiri tanggung, sendiri mau ingat, hah!

Balik ke Halaman Utama


Apa ini Artist Melayu?

Corat-coret, kepoh-kepoh, jaga tepi kain selebriti artis dari Malaysia, Singapore, Indonesia dan lain-lain negara yang faham bahasa melayu. Ada lagi ni...

Hantarkan gossip ANDA!

    Ingin gossip anda disebarkan? E-mail ke alamat maya kami di artistmelayu@gmail.com berserta dengan nama betul atau nama palsu, cerita betul atau certa bohong, tajuk dan contact. Usah khuatir, kalau anda mahu mengejar glamour, nama kamu akan Wak sebarkan, tetapi jika kamu pengkepoh yang masih malu-malu, Wak tak akan letak nama lah!

    Apa lagi?? E-mail Artist Melayu sekarang jugak!

The Penulis Agongs

Sebelum cerita ni...

Arkib

Keluar kau dari sini!

Melayu Hip Happening Hurray

Untuk yang tak faham bahasa!

Sangkalan

    Oleh kerana kedua-dua penulis berulang-alik dari Malaysia ke Singapura ke Indonesia atas urusan perniagaan dan bermastautin di Singapura, kedua penulis akan lebih aktif mengulas atau menulis perkembangan artis-artis dari lelaman peribadi artis itu sendiri, akhbar dari Singapura, artikel-artikel majalah dan siaran-siaran televisyen setempat. Siaran satelite dan cable dari Indonesia dan Malaysia confirm kita tak tahu habak! Harap maklum.
  • Kontek kitorang
  • Kalau ada kekata yang menyinggung, terima ajerlah komen kita sebagai viewers or fans so-called. Toksah nak memarah ke majok ke... Wake up and face the music, man!

    Kalau ada gambar atau audio file yang tersesat kat sini, either itu copyright owner masing-masing atau hak milik kitorang. Asalkan everybody play a part in upholding rightful ownership and credit when it's due, dah cukup bagus.

Apa benda nih?

© 2006 Hakcipta Terpelihara
Artist Melayu . Lesen CC . Sindikasi: XML Photobucket . Blogger