Tentang artis Yang faham bahasa melayu
Yang membahasakan, Yang dibahasakan
... dan Yang tak faham bahasa




Datuk Yusoff Haslam Lokek Ke?


"Saya tak akan membelanja kos filem saya lebih dari RM5 juta..."


Itulah dia kata-kata Datuk Yusoff Haslam dalam satu interview ni dekat TV1 bulan lepas ke apa Wak tak ingat tapi bila Wak mendengarkan apa yang Datuk Yusoff Haslam katakan tu, Wak terfikir lah kan, "Kalau tak nak spend lebih dari 5 juta ringgit, abih yang dia amik banyak star-star dalam cerita dia tu gaji dorang berapa?"

Bayangkan dalam satu movie ada 2 ke 3 main actor dengan actresses lah katakan. Lepas tu ada beberapa lagi extra-extra dan supporting role lah tu. Lepas tu ada crew dia dan management dan jugak team creative dengan payroll. Kalau dia sekat tu expenditure tak lebih dari RM5 juta, maknanya dalam firasat Wak, kakitangan badan kepala dia semua dapat sikit ajerlah.

Orang barat main personnel dapat gaji berjuta-juta macam Bradd Pitt tu dapat US20 million, Will Smith pun sama dan even Steven Spielberg dapat berpuluh juta untuk bikin satu filem dan tu tak termasoklah kos untuk bayar studio, post production dan kakitangan lain, kita kat malaysia ni tak padan dengan kelokekan dan kesengkekan kita lah iye? Nama ajer producer filem terberjaya dalam industry filem tanahair kita zaman ni tapi duit tanak keluar. Orang kita pulak macam bangga dengan pencapaian Yusoff Haslam kerana berjaya dapat kumpul RM6 juta untuk filem lah itulah, adalah mansion besar lah, ada itulah inilah tapi dalam kenyataan mata macam Wak ni pulak, Wak fikir lain. Kalau Wak boleh fikir macam gini, kenapa artis-artis lain tak dapat fikir macam gini? Apa desperate sangat ke seniman-seniman kita ni nak dapatkan kerja?

Wak pun bukan sukalah sangat cerita Yusoff Haslam semua tu. Dulu-dulu oklah bila baru start macam filem 'Mekanik' tu yang lepak tapi lepas era 'Sembilu' hinggalah ke 'Sembilu 2005' Wak tengok cerita dia semua sama jer. Tak ada creativity dan originality langsung. Drama-drama dia pon boring giler. Tak habis-habis itu jugak. Jalan cerita tak logic, skript tak masuk di akal dan mulut dan pelakon tak 'real' lah!

Macam mana kita nak maju kalau kita asyik banggakan yang tak bagus dan tak tahu nak appreciate yang bagus?

Pelakon pon satu. Kalau korang tengok dan kira angkanya tu semua, kan ada lebih bagus kalau baca skrip kena ke tak kena, pay bagus ke tidak, muai ke tidak, ni madang orang ada nama kasi projek main amik ajer. Dari dulu sampai sekarang post-production pun lousy like crazy. Balik-balik dubbing.

So balik kepada ketidak puas hati Wak tadi, Datuk Usop ni ubahlah sikit mindset tu regarding payment dan creativity k. Takkan maju melayu di dunia filem ni kalau otak Datuk ajer yang process. Sekali-sekala tu bukak lah ruang untuk budding scriptwriters yang ada idea bagus, director atau producer yang berbakat, invest dalam dorang sikit. Janganlah asyik nak pentingkan diri sendiri ajer... Generasi muda dan generasi tua yang tak terjumpa bakat dorang ni bagaikan nak meletop kepala hotak dorang fikirkan cara untuk dikenali tetapi Datuk punya filem spoil market.

Tolonglah iye penonton-penonton dan penggiat seni filem tanahair ni. Supportlah work yang bagus dan jangan kerana director atau actor tak kenal kita chuck one side dan boycott. Dah dikenali tak semestinya bagus selalu dan yang tak dikenali tak semestinya haprak.

Sekarang banyak yang dikenali pun buat filem haprak jugak!

Posted by Wak Kerak
8:07 AM . Sebarkan: . Buat Cerita . Pembebel-pembebel Agong: 
2


Fuh Fuh Fuh! Music video macam gini kalau share reramai kan bagus.

Ada tiga old school peh rocker bands main ni AIM punya classical piece medley:

Ku Di Halaman Rindu - Nash
Sketsa Sebuah Cinta - Mus
Sejati - Awie
Srikandi Cintaku - Altogether now

Intro ajer Man Kidal dah start gentel lepas tu Joe Wings gentel-gentel sikit sebelum Nash masok nyanyi. Samad, May peh guitarist yang Wak tak ingat namanya dengan Yan pon main gitar. Eddie plak main Bass. Yang drummer dua-dua main tepok-tepok tangan kat belakang.

Music dorang dah cliche lah pulak. Tak habis-habis ikut Bong punya arrangement yang Amuk selalu bawak dalam classical rock album-album dia. Takder idea lain ke rockers ni nak buat akustik? Buat lah yang ada angklong ke, acordian ke... ni tidak, tak habis-habis dengan strings dan kalau ada seruling ditiup kira complete lah tu konon.

Nash start ok tapi ending dia out of tune lah pulak. Mus Wak dah expect dah mesti either flat atau terkehel tak cukup nafas atau tertelan air liur. Awie... halamak. Kenapa you do this to Wak, man Awie... You are my favourite rocker you know and you cannot bring Sejati already?

Awie dah tak boleh tarik dah. Mungkin dia sakit tekak malam tu pasal suara dia hilang-hilang selamat Mus cover sikit.

Lastly time lagu Srikandi Cintaku, part Mus tarik lama tu Fuh!!! Wak ternaiklah pulak bulu. Bulu romalah! Baik brudder, gua caya lu dan gua maafkan mistake earlier. Harap-harap semua rockers maintainlah image dan suara dan music mereka. Wak paling tak suka rock disalah erti dan disalah bawak. Oklah enjoy the video, my Wak Kerak Koreks!

Catch ya'all later k!

Rockkkk! Never die!
Rockkkk! Maintainnn!

Posted by Wak Kerak
8:00 AM . Sebarkan: . Buat Cerita . Pembebel-pembebel Agong: 
0


Caricature by hyrul's fan, Cyberina..Singapore punya Suriachannel punya anak buah yang menang Anugerah 2005, Khairul Anuar atau Hyrul Anuar, lantaklah, macam mana punya bagos ajer.

Album belum keluar, nyanyi macam kedi teroverlah sangat, berlakon pulak dalam drama bodoh, "Teman, Anugerahku", dah berangan kononnya fan base dia tuh dah ramai ler benor.

Dalam blog dia soulconfession.blogspot.com, adalah dia step mana punya besar punya mega star.

Dalam one of dia peh entry nih, dia cakap,


In the mean time, i wanna clear sum things..

(a) Hyrul only hav 4 Friendster accounts, tat is, Hyrul, HyrulTwo, HyrulThree and HyrulFour. The rest of the accounts are not mine. So, i hope u guys are clear bout this aite.

(b) Hyrul's emails are

- chyrult@hotmail.com (my own personal one) i wun entertain any fanmails here

- hyrulanuar@hotmail.com (this is for the fans)

- hyrulanuarfc@hotmail.com (this is for registration to the fanclub)

- chyrult@gmail.com, chyrult@yahoo.com.sg (personal mail. strictly no fanmails here)


For fans ni lah, for fans tu lah... harlow small boy look like girl, kamu ni belum nak terdaya nak buat rakit dah berlagak macam boleh menampung sebesar "Titanic" eh? Fikirlah dulu sebelum cakap macam tu. Malulah kalau Anuar Zain ke, Siti Nurhaliza ke nampak perangai kamu yang berlagak macam dah banyak peminat ni.

Wak pun dah lama dalam biznez wak tahu lah siapa yang ada peminat siapa yang tadak, siapa yang harus dibanggakan dan siapa yang memang memalukan. Tak kemanalah kamu kalau sikap cepat anggap diri itu celebrity. Ni bukan selebriti, Ini selet briti! Kalau tak percaya, tunggulah sampai pemenang anugerah lain yang akan datang timbul. Kamu dan 3 lagi kengkawan yang act macho man tu confirm terus tenggelam ditimbuni kelam malam yang teramat sunyi.

Tak percaya jugak? Susah lah berbual dengan budak hingusan nih, trackback ajerlah pemenang-pemenang Anugerah ke, Anugerah 12 ke, Bintang HMI ke... mana dorang dah pergi? Kamu fikir Suria tu nak menolong kamu dan kengkawan untuk maju? Pigi dahhhh... Jangan harap ler.

Nak tahu kenapa kamu berempat berjaya masuk finals? Dan coincidently kesemuanya lelaki? Dan muda?

Pasal dalam bisnes, kita suka main number game. Kalau market sorang pemenang macam Aqmal N ke Eka Mairina ke or even the runners-up like Eiss (Iskandar Ismail) and Fuad Rahman, memang lah susah walau sebagus mana pun mereka nyanyi. Korang empat sekawan cun-cun masuk final because it is a win-win situation for Suria to take advantage of the situation.

Dorang dah survey project superstar and dorang nampak potential in fans being most likely young girls yang belum kena gentel di arena perasaan duka. Nampak gaya ada market, so dorang sign kan lah korang semua ni one shot. So kalau fans tak suka muka kau, dorang boleh suka muka Syed Azmir and so on and they can confirm better attendance and crowd for shows.

Betul tak?

You think you've got talent? Bagi Wak, kamu ni jauh lah. Syed Azmir lebih sesuai ditabilkan pemenang walaupun dia tidak juga original.

Yang talented, yang boleh nyanyi, semua mana? Eka Mairina dengan Eiss yang vokal power giler tu pon apa jadi? Album pakai budget sendiri, promotion album market sendiri jugak...

Wake up your idea lah, boy! Wak dah makin meluat tengok newcomers yang star caliber kosong berlagak macam orang ternama dan disukai ramai. Ni bukan suara Wak sorang eh, ni termasuk beribu-ribu teman Wak yang meng e-mel Wak setiap minggu, ok?!

*gambar caricature by hyrul's fan, Cyberina taken from his blog.
11:02 AM . Sebarkan: . Buat Cerita . Pembebel-pembebel Agong: 
11


Mak Nam ni orang melaka. Memanglah cinta Mak Nam ni pada laut nombor satu. Mak Nam feveret bila memasak. Janganlah tanya kalau Mak Nam nih masih bujang atau dah berumahtangga, ok? Nanti bocor segala rahsia peribadi Mak Nam.

Mak Nam ni masih muda. Tak macam Wak Kerak kau tuh. Dia tu memang dah tua dah. Kita sebenarnya bisnes partners takder kerja sebab tu buat benda ni. Berbeza dari Wak Kerak, Mak Nam memang tak aktif lah dalam blog-blog ni semua. Dulu Mak Nam ada lah tu satu akaun dalam Diaryland tapi dah lupa dah password dan e-mail yang Mak Nam pakai untuk set-up akaun tu. Selain dari itu, Mak Nam cuma masuk bila nak check e-mail atau carik info. Mak Nam lebih suka tengok TV sebenarnya nih.

Tengoklah tu, nak sembang pasal diri sendiri pun Mak Nam tak reti. Dah lah sampai sini saja. Apa-apa nanti baca ajerlah story Mak Nam nanti kalau Mak Nam post nanti ok?

Hingga bertemu lagi...
9:56 AM . Sebarkan: . Buat Cerita . Pembebel-pembebel Agong: 
0


Wak asalnya dari Pontian, Johor dan dibesarkan di Johor sebelum meneruskan persekolahan rendah, menengah dan di dalam jurusan arkitektur di Singapura.

Umur Wak dikatakan seusia seseorang veteran tetapi belum lagi mencapai angka yang boleh dianggap tua. Wak masih bujang kerana belum lagi ditemukan jodohnya dan hingga sekarang Wak masih meneruskan memerah keringat di dalam syarikat swastanya sendiri yang kerjanya adalah memerah otak untuk mendapatkan jus ide untuk dihidangkan kepada pelanggan.

Wak selalunya meluangkan masa melungsuri internet dan di dalam akaun Wak sekarang sudah ada lima lelaman perniagaan dan dua lelaman peribadi di domain kepunyaan Wak sendiri yang Wak lebih selesa jika maklumat lelaman-lelaman itu dirahsiakan.

Ide artistmelayu di blogspot bermula bila Wak dapati yang lelaman mengkritik penseni di negara-negara melayu bagaikan hampir tidak ada. Wak yang selama ini lebih cenderung ke arah platfom Wordpress, memilih Blogger sebagai hos halaman artistmelayu kerana ingin mencuba hos percuma yang berbeza. Lagipun konsep 'tiada rupa dan nama' sebegini Wak fikir tidak usahlah kita membazir wang untuk membeli alamat lelaman dan hosting yang memerlukan maklumat peribadi yang sah.

Wak berharap kekata Wak terhadap sesiapa penseni yang terlibat, baik dari segi positif atau negatif, diambil sebagai dorongan atau kritikan membina dari seorang peminat yang begitu menitik beratkan elemen bakat, prinsip dan komitmen di dalam karir seseorang artis.

Semoga pembaca lain terhibur dengan pendapat Wak yang Wak fikir berwarna-warni ini.

Selamat membaca.


Yang benar,
Wak Kerak.
9:55 AM . Sebarkan: . Buat Cerita . Pembebel-pembebel Agong: 
4


Walaupun Wak tak feveret dengan attitude Agnes Monica pasal mungkin dah fikir yang dirinya tu dah bagus sangat, Wak tak boleh deny yang she was the better carrier of the song "Overprotected" by Britney Spears than Malaysia's top singer Siti Nurhaliza. Eh apasal lah pulak Wak speaking speakong bahasa omputeh eh?

"Der mas bi ernader wey..." Dengarkan ajer lah cara Siti Nurhaliza nyanyi lagu Inggeris. Dulu waktu Siti nyanyi lagu My All from Mariah Carey, semua orang maafkan walaupun sebutan gelihati giler bila mendengarnya dan peminat jugak ada kata yang in time to come, she'll improve.

Improve kebabai! Kalau macam ni lah kan standard kita sebagai peminat dan artis, Wak pun nak start nyanyi lagu omputeh lah!! Biar berbunyi jawa ke kelanteh ke, asalkan dapat duit banyak satu show!
2:49 AM . Sebarkan: . Buat Cerita . Pembebel-pembebel Agong: 
2




Wak dah dengar dua version Siti Nurhaliza nyanyi lagu Mariah Carey yang "My All" nih. Tak tahu yang video ni version yang dahulu atau later tapi yang pasti, Wak malu bila dengar Siti Nurhaliza nyanyi lagu orang putih. Baik-baik dia orang Pahang terus dah sound macam dia dari Kelanteh lah pulok!

Ok, Ok Wak tahu ni video memang dah basi tapi macam seronok kan making fun of others people english? Hahaha!

Hah ni ada lagi satu video yang baru sikit dari yang atas tu pasal Siti Nurhaliza dah pandai pakai contact lens colour. Ni Siti sound macam oghang Peghak (Perak) lah pulakkk... Kali ini lagu pilihan penyanyi nombor satu Malaysia yang takder kedua dan ketiga dan sampai nombor 46, adalah lagu dari soundtrack "Titanic", yang Celine Dion nyanyi, "My Heart Will Go On".

Intro ajer dah mistake. "... I see you, I feel chew!"

"My heart will go won dan non..."



Enjoys! Thank you for choice Siti Nurhaliza...
2:33 AM . Sebarkan: . Buat Cerita . Pembebel-pembebel Agong: 
3


Ini Wak tak nak comment banyak sangat pasal video ni dah lama dan lagu ni pon dah keluar radio banyak kali dah.

Lagu original dari my good brother, Dhani Ahmad dari kumpulan Dewa yang menulis lagu ni yang bertajuk, "Tak Akan Ada Cinta Yang Lain" made popular by Dewa19 dendangan their former vocalist Ari Lasso dan Titi DJ pun ada cover lagu ni jugak, telah dinyanyikan secara akustik with Dhani on the piano and Siti Nurhaliza singing solo of course. Ada ke patut dia tersalah lirik.

"Cerita cinta kita" jadi "Cerita CINLI kita!". Cinli tu apa kebenda? Cinta Coli ke?

Ahmad Dhani tu memang famous for his strict ways in making and performing music tapi entahlah eh, apa jadi lepas the show, kita pun tak tahu. Yang aku heran, apa ke pelik peminat macam dibutakan oleh Siti Nurhaliza gitu. Yelah maklumlah, orang tu di kurniakan kesempurnaan yang menyenangkan mata yang melihat. Cuba kalau Wak ke atau orang lain yang tak lawa sangat buat salah, fuhhh... peminat kita jugak yang nombor satu mengutuk!

Ubahlah oi peminat oi! Siti tu pon... buat lah homework dulu sebelum performance, kalau tidak buat malu ajer.
2:11 AM . Sebarkan: . Buat Cerita . Pembebel-pembebel Agong: 
3


"Mungkin saja kau bukan yang dulu lagi... Mungkin saja masa itu telah hilang..."

Hilang?? Siapa agaknya yang mengajar tu Siti Nurhaliza lirik 'Mungkin Nanti' yang ditulis Ariel sendiri dari kumpulan Peterpan tu yang 'Pergi' dia pandai-pandai tukarkan jadi 'Hilang'. Kalau sekali takperlah... mungkin tersasul ke ternyanyok ke, ini sampai lepas solo, Ariel dah get ready dah kalau Siti Nurhaliza salah ajer dia dah plan nak masuk lah tu. Memang betul lah Wak cakap... Ariel Peterpan terus intercept Siti bila part yang salah lirik tu.

Lepak jugak lah bila dengar tapi tak ke Malaysian so-called Diva tu malu bila representing Malaysia with an Indonesian artis? Dah lah Malaysian dengan Singaporean dah macam kena bilis sama itu Indon music and movie scene dan kalau our so-called 'best' dah cock-up giler, apalah dorang nak fikir pasal yang lain tu yang kita ada, lah kan?
1:49 AM . Sebarkan: . Buat Cerita . Pembebel-pembebel Agong: 
2

Artist Melayu Di Blogger


Lelaman ini adalah halaman khas untuk pejuang-pejuang seni, pejuang-pejuang nama melalui seni, pejuang-pejuang nama untuk buat duit melalui seni, seniman, seniwati, biduan, biduanita, peminat-peminat dunia glamour, peminat-peminat setia gossip, kisah artis, tabiat artis, skandal artis, selebriti dan celebrity ternama dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei dan seluruh alam yang faham bahasa melayu, yang suka membahasakan orang dan yang tak faham bahasa.

Ingat nama blog nih: artistmelayu.blogspot.com

Artist ke artis ke aku tak kisah korang nak eja macam mana asalkan korang semua ingat alamat ni.

Yang panas, yang sejuk, yang basi, yang cerita dah mati pun nanti ada di sini.


Dari penulis,
Wak Kerak & Mak Nam


Oleh kerana kedua-dua penulis berulang-alik dari Malaysia ke Singapura ke Indonesia atas urusan perniagaan dan bermastautin di Singapura, kedua penulis akan lebih aktif mengulas atau menulis perkembangan artis-artis dari lelaman peribadi artis itu sendiri, akhbar dari Singapura, artikel-artikel majalah dan siaran-siaran televisyen setempat. Siaran satelite dan cable dari Indonesia dan Malaysia confirm kita tak tahu habak! Harap maklum.
11:21 AM . Sebarkan: . Buat Cerita . Pembebel-pembebel Agong: 
5

Balik ke Halaman Utama


Apa ini Artist Melayu?

Corat-coret, kepoh-kepoh, jaga tepi kain selebriti artis dari Malaysia, Singapore, Indonesia dan lain-lain negara yang faham bahasa melayu. Ada lagi ni...

Hantarkan gossip ANDA!

    Ingin gossip anda disebarkan? E-mail ke alamat maya kami di artistmelayu@gmail.com berserta dengan nama betul atau nama palsu, cerita betul atau certa bohong, tajuk dan contact. Usah khuatir, kalau anda mahu mengejar glamour, nama kamu akan Wak sebarkan, tetapi jika kamu pengkepoh yang masih malu-malu, Wak tak akan letak nama lah!

    Apa lagi?? E-mail Artist Melayu sekarang jugak!

The Penulis Agongs

Panas dari oven!

Arkib

Keluar kau dari sini!

Melayu Hip Happening Hurray

Untuk yang tak faham bahasa!

Sangkalan

    Oleh kerana kedua-dua penulis berulang-alik dari Malaysia ke Singapura ke Indonesia atas urusan perniagaan dan bermastautin di Singapura, kedua penulis akan lebih aktif mengulas atau menulis perkembangan artis-artis dari lelaman peribadi artis itu sendiri, akhbar dari Singapura, artikel-artikel majalah dan siaran-siaran televisyen setempat. Siaran satelite dan cable dari Indonesia dan Malaysia confirm kita tak tahu habak! Harap maklum.
  • Kontek kitorang
  • Kalau ada kekata yang menyinggung, terima ajerlah komen kita sebagai viewers or fans so-called. Toksah nak memarah ke majok ke... Wake up and face the music, man!

    Kalau ada gambar atau audio file yang tersesat kat sini, either itu copyright owner masing-masing atau hak milik kitorang. Asalkan everybody play a part in upholding rightful ownership and credit when it's due, dah cukup bagus.

Apa benda nih?

© 2006 Hakcipta Terpelihara
Artist Melayu . Lesen CC . Sindikasi: XML Photobucket . Blogger